sajak Aminah Qutb buat Bakal Suami..

sekiranya,
kita cinta kepada manusia,
tidak smestinya manusia cinta kepada kita,
tetapi sekiranya kita mencintai Allah s.w.t,
nescaya cinta Allah s.w.t tiada penghujungnya..
sekiranya kita cinta kepada manusia,
kita akan cemburu kepada orang yang mencintai
orang yang kita cintai...
tetapi sekiranya kita cinta kepada Allah s.w.t,
kita akan turut mencintai orang yang melabuhkan
cintanya kepada Allah s.w.t juga...
ya Allah..Andainya dia adalah jodohku
yang telah ditetapkan olehMu kepadaku..
maka campakkanlah kedalam hatiku..
cinta kepadanya adalah keranaMu...
dan campakkanlah kedalam hatinya
cinta kepadaku adalah keranaMu...
namun,andainya dia bukanlah jodoh
yang telah ditetapkan olehMu kepadaku,
berikanlah aku kekuatan agar pasrah
dalam mengharungi ujian
yang Engkau berikan kepadaku...
0 Responses