sajak Aminah Qutb buat Bakal Suami..

sekiranya,
kita cinta kepada manusia,
tidak smestinya manusia cinta kepada kita,
tetapi sekiranya kita mencintai Allah s.w.t,
nescaya cinta Allah s.w.t tiada penghujungnya..
sekiranya kita cinta kepada manusia,
kita akan cemburu kepada orang yang mencintai
orang yang kita cintai...
tetapi sekiranya kita cinta kepada Allah s.w.t,
kita akan turut mencintai orang yang melabuhkan
cintanya kepada Allah s.w.t juga...
ya Allah..Andainya dia adalah jodohku
yang telah ditetapkan olehMu kepadaku..
maka campakkanlah kedalam hatiku..
cinta kepadanya adalah keranaMu...
dan campakkanlah kedalam hatinya
cinta kepadaku adalah keranaMu...
namun,andainya dia bukanlah jodoh
yang telah ditetapkan olehMu kepadaku,
berikanlah aku kekuatan agar pasrah
dalam mengharungi ujian
yang Engkau berikan kepadaku...

Lagu 'Haramkah?'


Haramkah Aku
Bila Hatiku Jatuh Cinta
Tuhan Pegangi Hatiku
Biar aku Tak Jadi Melanggar
Aku Cinta Pada Dirinya
Cinta Pada Pandang Pertama
Sifat Manusia Ada Padaku
aku Bukan Tuhan

Haramkah Aku
Bila aku Terus Menantinya
Biar Waktu Berakhir
Bumi dan Langit Berantakan
Aku Tetap Ingin Dirinya
Tak Mungkin aku Berdusta
Hanya Tuhan Yang Bisa Jadikan
Yang Tak Mungkin Menjadi Mungkin

Aku Hanya Ingin Cinta Yang Halal
Di Mata Dunia Juga Akhirat
Biar aku Sepi aku Hampa aku Basi
Tuhan Sayang Aku

Aku Hanya Ingin Cinta Yang Halal
Dengan Dia Tentu Atas Ijinnya
Ketika Cinta BertasbihTuhan Beri aku Cinta
ku Menanti Cinta

KhitbatiEy (PertunanganKu)



bergambar bersama mak tunang(kiri) mak (tengah) dan ayah tunang(kanan)

24/10/2009 merupakan tarikh keramat dalam hidup bila saat ini sy dh bergelar sebagai tunangan orang..tunang kepada Abdul Hafiz Bin Yusop..Dri Pahang..Pelajar Al-Azhar Mesir cawangan Mansourah dlm bidang Usuluddin Akidah dan Falsafah..alhamdhulillah, segala perjalanan majlis berjalan dengan lancar tanpa ada halangan..

lebih kurang jam 5.30 petang, family sebelah laki dr pahang dan n.9 smpai ke teratak sy di Kota Bharu,Kelantan..dimulakan dengan bacaan doa dan diteruskan dengan perbincangan antara kedua belah pihak, seterusnya acara yang mendebarkan hati..he3..acara sarung cincin..mcm2 berlaku..kelam kabut pnya pasal..dengan ragam tunang yang mencuit hati..tapi alhamdhulillah,perasaan dapat dikawal..siap kna sakat dengan family msg2..he3..
majlis bersuarai hampir waktu maghrib..alhamdhulillah...


selamat sudah sy menjadi tunangan orang...
diharap kalian mendoakan hubungan kami berkekalan sehingga ke jinjang pelamin dan ke akhir hayat kami di dunia dan akhirat..



cincin di sarung oleh Mak Sedara bg pihak Mak tunang

Abdul Hafiz (Tunang) dan Zulkhairani

abang sy yang ke2 menyarungkan cincin bg pihak abang sulong
yg xdpt trut serta cz berada di kemboja..

hantaran dr pihak lelaki sbyk 7 dulang

hantaran dr pihak perempuan 9 dulang

bersama dengan kakak dan ank sedara



semoga hubungan ini mendapat berkat dariNya..dan disatukan secepatnya bagi menyempurnakan syariat Islam dan mengikut sunnah Rasulullah s.a.w...
amin Ya Rabb...
terima kasih kepada semua yang memberi sokongan
dan dorongan kepada kami..




Muqaddimah

salam pembuka bicara..ni adalah coretan sy yg pertama..masih baru lagi dlm dunia blogger..so ada la yg kurang banyak drpda yang baik..hehehe..harap lpas ni ada yang dpat bantu sy nk buat perisian yg baik dlm lman blog ni..kepada sesiapa yg ingin memberi cadangan,komen atau apa2 pndapat, sy amat2 mengalukan...
sekian dlu untuk permulaan..

Wasiat Rasulullah SAW

IBNU ABBAS ra meriwayatkan bahawa Ali Abu Talib berkata : "Pada hari perkahwinan dengan Fatimah, Rasulullah SAW bersabda kepadaku, mengutarakan tiga belas wasiat khusus untukku:"


1 Hai Ali , takutilah engkau daripada memasuki tempat mandi (hammam) tanpa memakai kain separas pinggang. Bahawasanya barangsiapa memasuki tempat mandi tanpa kain separas pinggang, maka dia mendapat laknat. dijari telunjuk dan dijari tengah


2. Hai Ali, janganlah engkau memakai cincin dijari telunjuk dan dijari tengah . Sesungguhnya itu adalah apa yang dilakukan oleh kaum Lut.


3. Hai Ali sesungguhnya Allah mengkagumi hambanya yang melafazkan istighfar; "Rabighfirli fainahu Iayaghfirul-zunuba illa Anta"( Tuhanku ampunilah aku. Sesungguhnya tiada yang mengampunkan dosa melainkan engkau). Allah lalu berfirman ,"Hai malaikat Ku, sesungguhnya hamba-Ku ini mengetahui bahawasanya tiada yang mengampunkan dosa melainkan Ku. Hai malaikat-Ku ,jadilah saksi bahawasanya Aku telah mengampunkan dia".


4. Hai Ali, takutilah engkau daripada berdusta. Bahawasanya berdusta itu menghitamkan muka dan disuratkan oleh Allah sebagai kazzab (pendusta). Dan, bahawasanya benar itu memutihkan muka dan disuratkan oleh Allah sebagai sadiq. Ketahuilah engkau, bahawasanya sidiq (benar) itu berkat dan kazzab(dusta) itu celaka.


5. Hai Ali, peliharalah diri engkau daripada mengumpat dan mengadu-dumba. Bahawasanya orang berbuat demikian itu diwajikan ke atasnya siksaan kubur dan menjadi penghalang kepadanya di pintu syurga.


6. Hai Ali, Janganlah engkau bersumpah dengan nama Allah, sama ada dusta atau benar, kecuali dalam keadaan dharurah, dan janganlah jadikan Allah permainna sumpah engkau, Sesungguhnya Allah tidak mensucikan dan tidak mengasihani orang yang bersumpah dusta dengan nama-Nya.


7. Hai Ali, janganlah engkau mencita-citakan rezeki untuk hari esok. Bahawasanya Allah Taala mendatangkan rezeki engkau setiap hari.


8. Hai Ali, Takutilah engkau daripada berbantah bantah dan berkelahi dengan maki-hamun dan sumpah seranah.. Bahawasanya perbuatan itu pada awalnya jahil dan pada akhirnya penyesalan.


9. Hai Ali, senantiasalah engkau bersugi dan mencolek gigi. Bahawasanya bersugi itu mensucikan mulut, mencerahkan mata dan diredhai Allah, manakala mencolek gigi itu dikasihi oleh malaikat kerana malaikat amat tidak senang dengan bau mulut kerana sisa-sisa makanan di celah gigi tidak dicolek selepas makan.


10. Hai Ali, janganlah engkau melayani rasa marah. Apabila timbul rasa marah duduklah engkau dan fikirkanlah mengenai kekuasaan dan kesabaran Allah Taala keatas hamba-Nya. Pertahankanlah diri engkau daripada dikuasai oleh kemarahan dan kembalilah engkau kepada kesabaran.


11. Hai Ali, perhitungkanlah (tahassub) kurnia Allah yang telah engkau nafkahkan untuk diri engkau dan keluarga engkau, nescaya engkau perolehi peruntukan daripada Allah.


12. Hai Ali, apa yang engkau benci pada diri engkau , maka engkau bencikan juga pada diri saudara engkau dan apa yang engkau kasih pada diri engkau maka engkau kasihkan juga pada diri saudara engkau , yakni engkau hendaklah berlaku adil dalam memberi hukuman. Dengan itu engkau dikasihi seluruh isi langit dan bumi.


13. Hai Ali, perbaikanlah perhubungan diantara penduduk (jiran) sekampung dan diantara ahli rumahmu. Hiduplah dengan mereka sekaliannya dengan rasa persahabatan dan kekeluargaan, nescaya disuratkan darjat yang tinggi bagi engkau.


14. Hai Ali, peliharakanlah pesananku (wasiatku). Engkau akan perolehi kemenangan dan kelepasan. Insya Allah.